Sunday, November 29, 2015

Warkah khas DSAI untuk Rakyat Malaysia
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.
Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat dulu berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat dulu yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.
Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.
Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.
C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.
Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun. mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat PAKATAN HARAPAN menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.
Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.
Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".
Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam PAKATAN HARAPAN yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Berilah peluang kepada Pakatan Harapan menguasai Putrajaya pada PRU ke 14 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Harapan dalam PRU-14 nanti. Pakatan Harapan akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
- Dato' Seri Anwar Ibrahim
29November2015 

Sunday, November 22, 2015

Baju baru rekaan sendiri di pasaran sekarang
bukan 2.6billion tapi hanya RM260.00 sahaja
Berminat pm.
Terima Kaseh

Sunday, November 8, 2015

Giliran Arul Pula Kecut Perut

images (6)

Sesuatu yang diluar dugaan berlaku apabila Pengerusi 1MDB, Arul Kanda Kandasamy secara tiba-tuba berundur dari berdebat dengan Ahli Parlimen yang dipilih oleh DAP. Beliau yang dimaksudkan ialah Rafizi Ramli.
Jika sebelum ini Arul Kanda dilihat begitu bersemangat mahu menewaskan Tony Pua dalam debat berkenaan, pengumuman nama Rafizi Ramli bagi menggantikan Tony yang masih terikat dengan PAC, tiba-tiba mengendurkan cabaran Arul yang pada satu ketika begitu mendabik dada.
Keadaan ini pastinya menarik perhatian berikutan sebelum ini Arul Kanda mendakwa tidak kisah siapa sahaja nama yang dikemukan oleh DAP bagi berdebat dengannya.
NYata pengaruh Rafizi masih kuat untuk mengentaran ramai pihak termasuk Arul Kanda. Jika sebelum ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan kedudukan Rafizi selaku Setiausaha Agung PKR agak goyah berikutan tidak bersefahaman dengan Presiden Parti, nampaknya, situasi terbaru ini wajar dipertimbangkan semula oleh PKR.
Aura yang masih ada pada Rafizi sedikit sebanyak berjaya menggentarkan musuh Pakatan Harapan dan ini pastinya mampu menarik semula sokongan penuh terhadap Rafizi dan Pakatan Harapan.
Dalam satu perkembangan lain, TOny Pua hari ini dilihat begitu muram setelah reputasinya kini berjaya di tenggelamkan oleh Rafizi Ramli. Menurut sumber yag rapat dengan Tony, kegagalan Tony untuk mendiamkan Arul nyata mengecewakannya. Sebaliknya, sebaik nama Rafizi diumum, nyata ianya dapat mendiamkan Arul dan semua pengikutnya.
Pastinya, perkara ini dasambut gembira oleh Daruk Seri Anwar kerana akhirnya, orang yang beliau percayai menerajui PKR hari ini telah berjaya menunjukkan kredibilitinya disebalik kegagalan Tony Pua dalam hal debat berkenaan.
sedutan dari //ahlipkrberbicara

Wednesday, November 4, 2015

Anwar Ibrahim yang aku kenali..(Dsai)
Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim.. Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas. Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu... Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual! Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim...,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau. Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar. Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama. Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti. Ramai dari kita tahu..,,, Anwar merupakan peneraju Abim, pertubuhan pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti Malaya. Seorang aktivis pelajar yg sgt lantang bersuara mengenai hak dan kebajikan anak melayu. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai keislaman dlm masyarakat melayu bermula dari kampus sehingga ke kampung-kampung. Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan pemberontakkan mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yg keseluruhan penduduknya daif dan hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut. Natijahnya Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di kemunting atas kesalahan menghasut dan menimbulkan huru hara. Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir. Tun Mahathir pada masa itu dapat mengagak bahawa Anwar boleh membantu beliau utk meraih jawatan tertinggi Umno. Tun merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yg mampu menjatuh dan menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tungku Abd. Rahman meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yg mengutamakan kaum cina sehingga kaum melayu di kampung-kampung terabai. Tun memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan melayu dan islam. Akhirnya keluar dari Kamunting Anwar bersetuju menyertai Umno. Persetujuan Anwar utk menyertai Umno telah membuatkan ABIM gelisah. Separuh dari Mereka tidak bersetuju Anwar menyertai umno dan bukannya Pas. Pemimpin-pemimpin Pas yg mendokong perjuangan ABIM juga jadi jauh hati. MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir utk menyertai Umno..!? Anwar pernah berkata...,,, dia berniat mahu menerapkan nilai-nilai islam ke seluruh pelusuk negara melalui perjuangan umno yg di dokong kebanyakkan kaum melayu. Anwar dlm Umno naik begitu mendadak sekali. Kepimpinan dan aura pejuang melayu dan islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli Umno mulai pandai berhujah berdasarkan petikan hadis dan al- quran. Anwar berjaya mentraformasikan satu pertubuhan melayu menuju ke arah kepimpinan islam. Aku masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an. Waktu itu memang sangat sukar untuk bertembung dgn wanita atau pelajar sekolah yg menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan meresapi budaya orang melayu. Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan..,,, Anwar dgn lantang mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan aktiviti ibadah. Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis- gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut. Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas gerakan kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim...!! Nah...,,, masakan seorang penggerak perjuangan islam seorang kaki liwat..!! Sehingga aku menulis artikel ini..,,, belum ada seorang pun sahabat beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang seorang Gay atau biseksual..!!! Malahan guru2 dan tenaga pengajar beliau jg amat sedih dan bersimpati atas setiap tuduhan dan fitnah yg di lemparkan terhadap Anwar... Kecuali sahabat politik yg akhirnya menjadi musuh politik beliau yg begitu lantang mengiyakan fitnah tersebut. Sbg anak muda yg sangat jahil perihal politik..,khabar itu membuatkan aku jadi begitu teruja utk mengetahui duduk perkara sebenar... Dulu penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah dan akhbar menjadi media alternatif utk mencari berita dan maklumat... Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku2 politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri . 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri adalah pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau ddlm politik. Di meriahkan dgn kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kpd Tun tentang salahlaku Anwar yg kononnya menjalin hubungan asmara dgn isteri abgnya Azmin Ali. Di tambah lagi dgn tuduhan jenayah seksual yg melibatkan adik angkat beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah.. Membaca buku 50 dalil ini agak mengelirukan dgn cara penulisan dan fakta yg di beri. Semacam setiap rangka dan cerita di garap dlm bentuk tuduhan dan fitnah yg melulu. Berbanding dgn beberapa buku yg sangat menarik karangan Ahmad Lutfi Othman;- ##“Anwar Boneka Barat?”. #‪#‎Layakkah‬ Anwar Ketuai Reformasi.!? #‪#‎Skandal‬ Seks atau Konspirasi Politik!? Pada aku buku-buku karangan beliau agak mencabar minda kerana tulisannya memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan fakta dan pemerhatian. Bukan tuduhan atau fitnah yg di rancang... Nampak sepertinya beliau mungkin semacam penentang, atau individu yg tidak menyukai sosok diri Anwar. Tetapi mungkin beliau sedikit kecewa dgn sikap dan peribadi DS Anwar sewaktu dlm UmNo terhadap Pas dan pemimpin- pemimpinnya. Aku masih teringat ayat beliau yg menilai niat Anwar menyertai Umno umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak bermain dgn lumpur. Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan lumpur. Akibatnya lembu yg masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang lumpur pasti terpalit atau terpercik juga dgn lumpur. Agak berkias dan simbolik namun sangat menikam..!!! Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk ” Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka”, Buku karangan S.H Alattas ini agak sedikit misteri dan terlampau memaksa otak berfikir lama. Tak kurang jg dgn kontroversi Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 adaptasi daripada pergolakan politik Anwar vs Mahathir dan Umno yang sangat haru biru bermula dari satu episod politik dahsyat dan kebangkitan berani rakyat bersuara dan menyatakan pendapat dan perasaan. Karya ini lebih berbentuk sindiran yg keras atau satira yg keterlaluan. Episod pemecatan Anwar telah mengerakkan satu gelombang kebangkitan rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dr road tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan. Dimana- mana muncul keluarga "anti-Mahathir’ dengan beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’, ‘lawan tetap lawan’ !!! Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya. Selepas Anwar dipenjara –dgn berbagai siri-siri kepincangan institusi negara bermula dr polis, badan kehakiman,hospital dan media perdana secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang pejuang rakyat yg bernama Anwar...!!! Apabila Anwar di pukul di penjara oleh ketua polis ketika itu...,,, Tun Mahathir dgn lantang menyatakan Anwar memukul dirinya sendiri... Bermula dr detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang terus menyatakan simpati dan sokongan yg tidak berbelah bg terhadap Anwar. Rakyat yg sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa konspirasi jahat Tun dan sekutu- sekutunya di dalam Umno. Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau salahlaku politik beliau sewaktu di dalam Umno. Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yg di susun dan di rencana sejak 1997 di realisasikan pada september 1998. Tuduhan itu dgn niat utk memusnahkan aura islamik dan kepimpinan Anwar yg bersih. Semuanya berpunca dari sikap Anwar yg sangat berani dan lantang menegur kepimpinan Umno yg rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan pentadbiran di segenap kementerian. Natijahnya Tun mulai sakit hati dan tergugat dgn kuasa dan pengaruh Anwar yg semakin besar di dalam Umno. Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan kerana kehendak penguasa, waktu itu Tun Mahathir Mohamad bukan berdasarkan fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yg sangat meragukan. Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana kemahuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yg ketika itu berbalah dari segi kepimpinan dgn Tun dan bukan semata-mata fakta kes. Maka aku turut bersedih... Maknanya, hakim-hakim masih tidak bebas menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak eksekutif. Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan semua parti pembangkang yg berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu gelombang politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan dan individu profesional yg secara terang- terangan menyokong dan mendokong perjuangan menuju Malaysia Baru. Gelombang perubahan ini terlakar dlm PRU12 yg menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen. Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya semakin keras membadai BN dan Umno. BN semakin lemah dan melonglaikan. Rakyat mulai sedar..,,, suara mereka adalah suara keramat yg mampu merubah politik Malaysia ke arah politik yg lebih baik,bijak dan matang. Namun sehingga ke detik ini Umno masih bermain politik cara lama. Masih berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api patriotik melalui agenda menuduh Anwar sbg agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan sentimen hak kaum melayu yg akan hilang di sebabkan perpaduan antara DAP. Terus- terusan mengfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat mereka melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yg tidak layak kerana punya beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan oleh mahkamah. Benarlah kata Anwar..,,, beliau tidak pernah mampu berdiri seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah. Tiba- tiba jiwa ku terasa bergetar dan airmataku gugur perlahan- lahan. Aku masih terbayang abah mengayuh basikal tua nya ke masjid semata- mata ingin berdoa dan membaca surah yassin sewaktu keputusan bicara kes tuduhan liwat Syaiful Bukhari terhadap Anwar di jatuhkan. Sempat aku melihat mak pun turut mengambil wuduk dan membacakan surah Yassin berkali- kali. Bila aku sampaikan keputusan Anwar di bebaskan dan dilepaskan dari tuduhan tersebut.., abah mengangkat tangan berdoa bersungguh- sungguh. Mak yg selesai membaca surah Yassin mula menguntumkan senyuman dan berbisik... Kali ini Anwar mungkin ikhlas berjuang utk rakyat... Aku terpukul dan terkasima dari episod doa dan keyakinan rakyat biasa yg sangat mempercayai Anwar adalah insan terpilih yg mampu merubah corak Malaysia ke arah yg lebih baik...!! Allahu akbar... Allahu akbar... Allahuakbar...!!! REFORMASI...!!! Lawan tetap lawan...!!! Jom UBAH Malaysia...!!!
SEDUTAN DARI #bebasanuar..
Baca dan amatilah semuga ia mampu membakar semangat perjuangan untuk memerangi kemungkaran, kezaliman dan kerakusan pemimpin yang sama sekali tidak menghiraukan penderitaan RAKYAT.

Sunday, November 1, 2015

Salam warga Batu 20.
Ini bakal dipamerkan di jalan masuk utama ke Taman Bagan Pasir, InsyALLAH

Mesyuarat Ranting

Salam.
Demi menyahut saranan Setia Usaha Agung PKR Pusat supaya mengerakkan penubuhan ranting2 sebelum 31hb Disember 2015. Jawatan Kuasa Interim Parti Keadilan Rakyat, Ranting Batu 20/Taman Bg Pasir, Cabang Bagan Datoh menjemput semua warga Kg Batu 20 ke Mesyuarat Ranting Batu 20/Tmn Bg Pasir (DEMIRAKYAT) yang akan di adakan tidak berapa lama lagi.
Tarikh dan Tempat akan kami maklumkan dalam masa terdekat.
Jika ada sebarang cadangan atau komen, Jangan malu2 luahkan lah.
Terima Kaseh